Berita UtamaDunia

Rejim Israel penjarakan 4,634 rakyat Palestin pada 2020

300 tahanan di dalam penjara sekarang alami sakit kronik

GAZA, 18 Jamadilawal 1442H, Sabtu – Pihak berkuasa pendudukan Israel menahan 4,634 penduduk Palestin pada tahun 2020, termasuk 543 kanak-kanak di bawah umur dan 128 wanita, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan institusi yang menangani masalah tahanan dan hak asasi manusia.

Kenyataan tersebut, yang mana Anadolu Agency menerima salinannya, ditandatangani oleh Kelab Tahanan Palestin, Persatuan Pendukung dan Hak Asasi Manusia Penjara Addameer, dan Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan.

Pihak berkuasa pendudukan melancarkan kempen penangkapan hampir setiap hari di Tebing Barat, tetapi mereka biasanya membebaskan beberapa tahanan setelah disoal siasat, sementara yang lain dirujuk ke mahkamah.

Kenyataan itu menunjukkan bahawa jumlah tahanan di penjara Israel pada akhir tahun mencapai 4,400 tahanan, termasuk 40 wanita dan 170 kanak-kanak, sementara jumlah tahanan pentadbiran (tanpa pertuduhan) dianggarkan 380. 

Jumlah tahanan yang tidak sihat pula mencapai 700, termasuk sepuluh pesakit barah dan 300 dengan penyakit kronik.

Sepanjang tahun 2020, Israel mengeluarkan lima hukuman penjara seumur hidup, menjadikan jumlah tahanan yang menghadapi hukuman penjara seumur hidup seramai 543 orang.

Kenyataan itu menunjukkan bahawa pihak berkuasa Israel: ‘Meningkatkan penangkapan sewenang-wenangnya terhadap kanak-kanak dan wanita Palestin, dan menjadikan mereka menjalani pelbagai kaedah penyeksaan semasa dan selepas penangkapan, pada tahun 2020.’ – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button