Berita Utama

Banjir: BERJASA agih bantuan kepada lebih 300 keluarga di Johor Bahru

Lancarkan dana sumbangan untuk mangsa, sasar RM500,000

JOHOR BAHRU, 19 Jamadilawal 1442H, Ahad – Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) telah mengagihkan 100 pek bantuan kepada lebih 300 keluarga yang terjejas akibat banjir di sekitar Johor Bahru.

Pengerusi Jawatan Kuasa Negeri BERJASA Johor, Izzul Hafiz berkata, bantuan berkenaan diserahkan kepada mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS), dengan bantuan tenaga sukarelawan.

“Kita akan usahakan lagi bantuan susulan yang lebih banyak bagi meringankan beban mangsa banjir,” katanya.

Pada masa sama, katanya, BERJASA juga telah melancarkan dana sumbangan untuk mangsa banjir.

“RM50,000 sasaran kita untuk bantuan kali ini, bagi meringankan beban mangsa-mangsa banjir,” katanya.

Turut hadir mengetuai kumpulan sukarelawan kali ini adalah Ketua Angkatan Pemuda Pemudi BERJASA (ANGKASA) Johor, AD Satiman.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button