Berita Utama

Banjir: Pengguna LPT2 disaran rancang perjalanan

Henti seketika di R&R, patuhi SOP norma baharu

KUALA TERENGGANU, 19 Jamadilawal 1442H, Ahad – Pengguna Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) disaran merancang perjalanan mereka susulan kejadian banjir di kedua-dua arah di antara persimpangan bertingkat Sri Jaya dan Gambang di Pahang ketika ini. 

Pengurus Perniagaan LPT2 Sdn Bhd, Roszi Ibrahim dalam satu kenyataan, hari ini berkata, ketika ini, semua laluan LPT2 di antara Kuala Terengganu ke Jabor masih boleh digunakan dan tidak terjejas dengan sebarang musibah banjir. 

“Namun begitu, oleh kerana LPT2 bersambung dengan LPT jadi kita minta pelanggan berhenti di R&R disediakan dengan mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. 

“Pelbagai kemudahan disediakan di R&R Perasing, Paka dan lain-lain untuk keselesaan orang ramai termasuk gerai makan, tandas awam, surau di samping tempat parkir yang luas dan mencukupi,” katanya.

Beliau berkata, bagi mereka yang menuju ke Terengganu atau Kelantan dari Lembah Klang disaran supaya berhenti seketika di R&R Temerloh di LPT sebelum menyambung perjalanan. 

Katanya, orang ramai dinasihatkan mendapatkan maklumat keadaan trafik termasuk perkembangan banjir menerusi laman Facebook LPT2 atau menghubungi LPT2Line di talian 1800-88-0220 atau talian bantuan LPT di 1700-81-8700. 

“LPT2 mendoakan perjalanan yang selamat untuk semua pelanggan dan mengambil langkah sewajarnya untuk menjaga pelanggan dengan baik sepanjang perjalanan,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button