Berita Utama

Beberapa kejadian tanah runtuh, jalan ditutup, banjir ragut dua nyawa

Terdapat cubaan penunggang motosikal yang cuba meredah banjir

KUALA LUMPUR, 19 Jamadilawal 1442H, Ahad – Situasi banjir dan hujan lebat dalam negara semakin bertambah buruk apabila bencana itu meragut sekurang-kurangnya dua nyawa, selain terdapat individu yang dikhuatiri lemas setelah hilang dihanyutkan arus deras.

Selain itu, beberapa jalan raya turut ditutup akibat dinaiki air, selain hujan lebat berterusan menjadi punca kepada bencana tanah runtuh, menyebabkan hasrat pengguna yang ingin meneruskan perjalanan pulang daripada bercuti atau bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain juga tergendala.

Beberapa buah bandar juga sudah mula mengalami banjir iaitu seperti Kuantan dan Maran di Pahang dan juga Kluang serta Kota Tinggi di Johor mengakibatkan aktiviti seharian masyarakat terganggu.

Tular juga beberapa video yang diambil warga maya dan dikongsi di aplikasi media sosial menunjukkan cubaan penunggang motosikal yang cuba meredah banjir namun akhirnya berakhir dengan kenderaan mereka dihanyutkan air begitu sahaja.

Sehubungan itu, polis mengingatkan dan menasihatkan pengguna jalan raya supaya tidak mengambil risiko berbuat demikian bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button