Berita UtamaDunia

Israel lulus rancangan rampas tanah di Tebing Barat

Dakwa tanah aset terbengkalai antara alasan rampas tanah

BETHLEHEM, 19 Jamadilawal 1442H, Ahad – Pihak berkuasa negara haram Israel hari ini meluluskan rancangan merampas puluhan dunam tanah Palestin di Bethelehem dekat Tebing Barat yang diduduki.

Aktivis Palestin, Hasan Brejiyeh berkata, rejim pengganas mengarahkan penyitaan sebilangan besar tanah milik Palestin di kawasan itu bagi tujuan pembinaan penempatan haram.

Terdapat lebih dari 700,000 penduduk Yahudi tinggal di penempatan haram di Tebing Barat, yang sememangnya melanggar undang-undang antarabangsa, khususnya Konvensyen Geneva Keempat.

Kumpulan hak asai Israel B’Tselem melaporkan, Israel telah menggunakan mekanisme undang-undang dan birokrasi yang kompleks untuk merampas lebih banyak tanah Palestin di Tebing Barat yang diduduki.

Alasan utama Israel bagi rampasan itu adalah kononnya mendakwa tanah berkenaan milik negaranya.

Alasan lain yang tidak masuk akal digunakan Israel dalam rampasan tanah itu termasuk menggunakannya sebagai kawasan latihan ketenteraan selain pengisytiharan tanah itu sebagai aset terbengkalai. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button