Berita UtamaIstimewa

Naib Presiden MCA ‘backup’ restoran pamer karikatur pemimpin komunis?

Anggap isu remeh, dakwa tindakan polis keras, boleh rosakkan hubungan dengan kerajaan China

GEORGETOWN, 19 Jamadilawal 1442H, Ahad – Pemimpin parti perkauman, MCA seolah-olah menyokong tindakan restoran di Pulau Pinang yang menampal kertas hiasan dinding karikatur yang mempunyai komunisme dan pemimpin komunis. 

Ia berikutan Naib Presidennya, Tan Teik Cheng menyifatkan tindakan polis terlalu keras dan ‘sensitif’ serta boleh merosakkan hubungan dengan kerajaan China.

Malah, Teik Cheng yang bagaikan menganggap isu ini remeh berkata, perkara itu tidak perlu ditangani polis.

“Saya menasihatkan pihak berkuasa agar tidak terlalu agresif dan menangani perkara itu dengan cara yang lebih mesra.

“Pada masa yang sama, saya juga berharap agar netizen tidak menjadikan perkara ini sebagai isu perkauman untuk mengelakkan merosakkan keharmonian antara kaum dan juga hubungan persahabatan antara Malaysia dan China,” dakwanya.

Ketua Biro MCA itu berkata, kertas hiasan dinding karikatur Mao Zedong itu ditampal kerana pemilik restoran itu berasal dari China.

Isteri pemilik restoran itu yang berusia 35 tahun bersama suaminya mengatakan bahawa perkataan Cina di poster itu tidak mempromosikan komunisme tetapi sebaliknya membawa slogan jenaka mengenai makanan.

Dia menyamakan tindakan menampal gambar pengasas Republik Rakyat China itu dengan orang Malaysia yang memasang gambar bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman ketika membuka restoran di luar negara.

Dia berkata, tindakan itu tidak boleh dianggap sebagai agenda untuk mempromosikan ideologi tertentu.

Sebelum ini, media melaporkan, polis membuka kertas siasatan terhadap kes restoran yang menghias dua premisnya di Auto City dan Pulau Tikus, Pulau Pinang dengan memaparkan elemen komunisme.

Polis telah menanggalkan kertas dinding di dua premis restoran terbabit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisionr Rahimi Ra’ais berkata, kertas siasatan telah dibuka untuk kedua-dua kes di Georgetown dan daerah Seberang Prai Tengah.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966 kerana menerbitkan propaganda sebuah pertubuhan haram.

Selain itu, kes turut disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana menerbit atau mengedarkan sebarang kenyataan, khabar angin atau laporan dengan niat menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button