Berita Utama

Polis siasat restoran pamer unsur komunisme

Pemilik belum disoal siasat kerana kuarantin COVID-19

BANGI, 19 Jamadilawal 1442H, Ahad – Polis membuka kertas siasatan terhadap kes sebuah restoran yang menghias dua premisnya di Auto City dan Pulau Tikus, Pulau Pinang dengan memaparkan elemen komunisme.

Terdahulu, tular gambar hiasan kertas dinding dalam sebuah restoran yang memaparkan elemen komunisme dan pemimpin komunis di media sosial.

Susulan itu, polis telah menanggalkan kertas dinding di dua premis restoran terbabit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisionr Rahimi Ra’ais berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan setelah menerima maklumat daripada orang awam berhubung perkara itu.

Beliau berkata, kertas siasatan telah dibuka untuk kedua-dua kes di Georgetown dan daerah Seberang Prai Tengah.

“Kita belum menghubungi pemilik restoran berusia 40 tahun untuk soal siasat kerana di bawah kuarantin COVID-19,” katanya seperti dilapor Berita Harian, hari ini.

Rahimi berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966 kerana menerbitkan propaganda sebuah pertubuhan haram.

Selain itu, kes juga disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana menerbit atau mengedarkan sebarang kenyataan, khabar angin atau laporan dengan niat menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button