DuniaUncategorized

Seorang rakyat kita antara 33 kes import Singapura

Dikesan menerusi penyaringan dan pemantuan aktif

SINGAPURA, 19 Jamadilawal 1442H, Ahad – Seorang warga Malaysia berusia 31 tahun merupakan salah seorang daripada 33 kes import COVID-19 di Singapura, menurut Kementerian Kesihatan Singapura (MOH).

MOH dalam data penuh yang dikeluarkan lewat Sabtu, melabelkan kes pemegang pas kerja yang tiba dari Malaysia itu, sebagai kes 58,880.

Kementerian itu menyatakan lelaki itu bersama 30 lagi mereka yang tidak bergejala, dikesan menerusi penyaringan dan pemantuan aktif pihaknya, manakala dua lagi merupakan mereka yang bergejala.

“Mereka telahpun diletakkan di bawah Notis Tinggal Di Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di Singapura dan telah diuji ketika menjalani SHN atau pengasingan,” menurut kementerian itu.

Sehingga tengah hari Sabtu, republik itu melaporkan 33 kes baru dengan tiada kes melibatkan komuniti mahupun mereka yang tinggal di asrama pekerja, menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara itu kini 58,662.

Sepanjang minggu lepas, tiga lagi rakyat Malaysia merupakan antara kes import COVID-19 yang dilaporkan di negara itu. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button