Berita UtamaDunia

Arab Saudi buka semula sempadan darat, udara, laut

Individu dari UK, Afrika Selatan perlu jalani kuarantin 14 hari

RIYADH, 20 Jamadilawal 1442H, Isnin – Arab Saudi, semalam membuka semula semua sempadan laut, darat dan udara yang ditutup pada 20 Disember lalu kerana mutasi baru COVID-19, lapor Anadolu Agency.

Menurut Saudi Press Agency (SPA), sempadan negara itu, yang ditutup sementara sebagai sebahagian daripada tindakan terhadap virus COVID-19 yang bermutasi, dibuka semula pada hari Ahad.

Mereka yang ingin ke negara itu dari United Kingdom (UK) atau Republik Afrika Selatan dan tidak memiliki kewarganegaraan Arab Saudi diharuskan menjalani kuarantin sekurang-kurangnya 14 hari, kata agensi berita itu.

Manakala, warganegara Arab Saudi, yang dibenarkan memasuki negara itu untuk tujuan kemanusiaan atau sebab-sebab lain yang wajib, akan menjalani kuarantin 14 hari di rumah mereka dan diminta untuk menjalani ujian PCR pada hari keenam selepas ketibaan.

Pandemik COVID-19 telah meragut hampir 1.83 juta nyawa di 191 negara dan wilayah sejak Disember 2019.

Lebih 84.6 juta kes telah dilaporkan di seluruh dunia, termasuk lebih daripada 47.42 juta pemulihan, menurut angka yang disusun oleh Universiti Johns Hopkins Amerika Syarikat (AS).

AS, India dan Brazil tetap menjadi negara yang paling teruk dilanda jangkitan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button