Berita Utama

‘Backup’ karikatur komunis, Naib Presiden MCA perlu disiasat

Rakyat patut tolak MCA pada PRU15 demi jaga kedaulatan negara

BANGI, 20 Jamadilawal 1442H, Isnin – Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat (Amal Sejagat) menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat Naib Presiden MCA, Datuk Tan Teik Cheng.

Ini susulan tindakan Teik Cheng seolah-olah mempertahankan ideologi komunis dan menghina penjawat awam melakukan tugas berhubung kes hiasan dinding berunsurkan komunisme di sebuah restoran di Pulau Pinang, baru-baru ini.

Pengerusinya, Cikgu Izzat Johari menyelar pemimpin parti berasaskan kaum itu kerana menyifatkan tindakan polis menanggalkan hiasan dinding berkenaan terlalu keras.

“Amal Sejagat dengan tegas mahu pihak PDRM untuk menahan dan menyiasat Naib Presiden MCA, Tan Teik Cheng,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Teik Cheng seolah-olah menyokong tindakan pemilik restoran di Pulau Pinang yang menampal kertas hiasan dindidng karikatur berunsurkan komunisme dan pemimpin komunis.

Teik Cheng menyifatkan tindakan polis terlalu keras dan ‘sensitif’ serta boleh merosakkan hubungan dengan kerajaan China.

Mengulas perkara itu, Izzat menggesa rakyat Malaysia khususnya umat Islam supaya menjaga kedaulatan negara pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti dengan menolak parti MCA.

“Sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Amal Sejagat secara tegas tidak memihak dengan sesiapa pun malah lebih tegas apabila melibatkan isu agama dan kedaulatan negara.

“Amal Sejagat tidak akan berkompromi dengan sesiapa yang mahu berkomplot dengan parti-parti yang mencabar kedaulatan negara,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button