Berita UtamaDunia

Taliban tarik balik kebenaran pelajar perempuan bersekolah

Keputusan berat sebelah Taliban dikutuk masyarakat antarabangsa

KABUL, 21 Syaaban 1443H, Khamis – Taliban menarik semula keputusan bagi membenarkan semua pelajar perempuan sekolah menengah di Afghanistan kembali meneruskan sesi persekolahan.

Semua sekolah di negara itu sepatutnya dibuka semalam selepas beberapa bulan ditutup sejak Taliban mengambil alih pentadbiran pada Ogos tahun lalu.

Bagaimanapun, Kementerian Pendidikan secara tiba-tiba mengumumkan penutupan sekolah yang menimbulkan kekeliruan, sekali gus menyebabkan pelajar perempuan kecewa dengan keputusan berkenaan.

Lebih menyedihkan, ada yang dipaksa supaya kembali semula ke rumah masing-masing selepas tiba ke sekolah.

Sebelum ini, pelajar perempuan melahirkan rasa teruja untuk kembali bersekolah.

Bukan sekadar pelajar perempuan sahaja, ibu bapa turut melahirkan rasa kecewa dengan keputusan yang dikeluarkan hanya seminggu selepas Kementerian Pendidikan mengumumkan pembukaan semula sekolah bagi pelajar perempuan.

Sementara itu, masyarakat antarabangsa mengutuk keputusan berat sebelah Taliban yang hanya membenarkan pelajar lelaki bersekolah dan membiarkan pelajar perempuan kekal di rumah. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button