Dunia

Lapangan terbang Aden dibuka semula selepas serangan berdarah Houthi

25 terbunuh, 110 cedera dalam serangan keganasan pada Rabu lalu

SANAA, 20 Jamadilawal 1442H, Isnin – Lapangan Terbang Antarabangsa Aden dibuka semula untuk beroperasi semalam, selepas serangan peluru berpandu yang dilancarkan militan Houthi minggu lalu, lapor media tempatan.

Serangan berkenaan berlaku pada Rabu lalu, tidak lama selepas penerbangan anggota Kabinet tiba dari Riyadh. 

Sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh dan 110 yang lain cedera dalam serangan berkenaan. 

Lapangan terbang itu dibuka semula semalam, yang turut dihadiri Menteri Pengangkutan, Menteri Dalam Negeri Yaman dan pegawai kerajaan lain. 

Menurut agensi berita SABA, penerbangan pertama selepas lapangan terbang kembali beroperasi dijadualkan tiba dari Khartoum. 

Wilayah Aden terlibat dalam keganasan berikutan pertikaian antara Majlis Peralihan Selatan yang disokong Emirah Arab Bersatu (UAE) – yang menuntut kemerdekaan untuk Yaman Selatan dan kerajaan yang berpusat di Sanaa setelah diusir dari oleh Houthi pada 2014. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button