Berita Utama

MCA-DAP bersatu demi agenda, malang Melayu saling bercakaran

Kenapa tidak hikmah, rahmah kepada bangsa sendiri?

BANGI, 20 Jamadilawal 1442H, Isnin – Walaupun berbeza parti, MCA dan DAP dilihat sememangnya saling bekerjasama dalam memperjuangkan agenda serta ideologi pilihan bangsa Cina.

Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin berkata, perkara itu jelas apabila kedua-dua parti berkenaan bersama-sama mempertahankan restoren yang mempamerkan hiasan berunsur komunisme di Pulau Pinang.

Bahkan, DAP dan MCA juga saling mempertahankan penceroboh tanah kerajaan bagi tujuan penanaman durian Musang King di Raub, Pahang sebelum ini, katanya.

Merujuk dua situasi itu, Prof Zainur Rashid mempersoalkan pemimpin dan ahli politik Melayu kerana bersikap saling bercakaran sesama sendiri.

“Sampai masa PRU akan sedekahkan kawasan majoriti Melayu untuk ditandingi oleh MCA untuk kalah.

“Kononnya hikmah dan rahmah dalam berpolitik. Kenapa tidak hikmah dan rahmah kepada bangsa dan agama sendiri? Entahlah sampai bila mahu belajar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan pemimpin DAP, Nga Kor Ming yang mengkritik Perikatan Nasional (PN) susulan tindakan menanggalkan kertas dinding di premis restoran yang mempamerkan pemimpin dan unsur komunis.

“Adalah salah dan tidak wajar bagi pemerintah pintu belakang PN untuk membuang hiasan promosi restoran hanya kerana mereka memasang gambar Pengerusi Mao.

“Ayuh, rakyat Malaysia pada abad ke-21 dapat membezakan sendiri apa itu ideologi komunis dan gimik pemasaran,” kata Kor Ming.

Selain Kor Ming, tindakan menanggalkan kertas dinding itu turut dikritik pemimpin MCA, Tan Teik Cheng kerana menyifatkan polis terlalu keras dan sensitif, selain boleh merosakkan hubungan dengan kerajaan China.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button