Berita Utama

Mesir siasat 4 pesakit COVID-19 maut didakwa akibat kurang oksigen

Gabenor nafi tuduhan, tegaskan mereka meninggal akibat sakit kronik

KAHERAH, 20 Jamadilawal 1442H, Isnin – Pendakwa raya Mesir membuka siasatan terhadap kematian empat pesakit COVID-19 di sebuah hospital awam negara itu yang didakwa disebabkan oleh kekurangan oksigen, semalam.

Empat yang dilaporkan mati adalah dua wanita berusia 60-an dan dua lelaki masing-masing 76 serta 44 tahun, menurut sebuah media berita tempatan. 

Pada masa ini terdapat 36 pesakit virus yang dirawat di wad pengasingan hospital, kata gabenor.

Gabenor wilayah Sharqia menafikan tuduhan oleh saudara salah seorang pesakit bahawa kematian disebabkan oleh kekurangan oksigen di unit rawatan intensif (ICU) yang dikendalikan oleh kerajaan yang merawat pesakit COVID-19.

Gabenor Mamdouh Ghorab mengatakan pesakit meninggal kerana mereka menderita penyakit kronik selain virus. 

Saudara mara pesakit, yang juga merakam video ketika para jururawat berjuang membantu pesakit tersebut, menjadi tular di media sosial, bagaimanapun tidak memberikan bukti langsung untuk menyokong dakwaan mereka bahawa hospital kehabisan oksigen.

Pejabat Pendakwa Raya Sharqia mengatakan bahawa mereka sedang menyiasat kematian tersebut.

Pengarah hospital dan doktor sedang disoal siasat, menurut seorang pegawai di pejabat pendakwa raya di Kaherah yang bercakap kepada The Associated Press dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan kerana mereka tidak dibenarkan memberi maklumat kepada media.

Menteri Kesihatan Mesir, Hala Zayed mengatakan bahawa terdapat ‘bekalan oksigen perubatan yang mencukupi di semua hospital yang menerima pesakit coronavirus.’

Mesir, negara paling ramai penduduk dunia di dunia dengan lebih daripada 100 juta orang, menghadapi lonjakan kes viru dan permintaan baru bagi pemerintah untuk melaksanakan perintah berkurung bagi membendung gelombang kedua wabak itu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button