Kolumnis

Punya banyak gambar, Mao Tze Tung juga dipilih?

Jika orang Melayu buka restoran di China, bolehkah kita menjawikan seluruh bangunan

KAMU tinggal di mana ultra kiasu? Jika nak gantung gambar Mao balik kamu negara asal. Pemikiran komunis betul.

Saya menjadi begitu hairan kenapa pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak pantau papan tanda kedai dan hiasan dinding tidak mendaulatkan bahasa kebangsaan.

Hari ini, pergi ke Pulau Pinang, seolah-olah bukan lagi sebuah negeri asal usulnya kepunyaan Sultan Kedah. Tetapi imejnya sama seperti sebuah negara komunis.

Belum pun reda lagi isu abu mayat Chin Peng, jalur gemilang (bendera) berbucu lima, tiba-tiba kita digegarkan dengan isu sebuah restoran di negeri ultra kiasu, menjadikan hiasan dinding restorannya dengan gambar pemimpin komunis China, Mao Tse Tung.

Lebih mengejutkan lagi parti rakan Barisan Nasional (MCA) tampil ‘mempertahankan’ pemilik restoran dengan mengatakan tindakan polis terhadap restoran yang memaparkan karikatur Mao dalam hiasan dindingnya terlalu keras.

Apakah pemimpin ultra kiasu ini mahukan polis pergi ke restoran tersebut dan berkata, “tampallah lagi gambar Moa, rakyat Malaysia tak kisah dengan komunis”

Jangan pergi jauh, cuba tinjau fizikal bangunan restoran komunis ini, ternyata langsung tidak sensitif dalam mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Begitu besar tulisan Cina. Hiasannya, nak cari bahasa Melayu pun susah. Sebiji restoran macam di China.

Jika orang Melayu membuka restoran di China, apakah boleh kita menjawikan keseluruhan bangunan. Sudah pasti kita tertakluk kepada undang-undang di sana.

Bila isu ini menjadi tular, pemilik restoran masih mempertahankan tindakannya.

Katanya, gambar Mao tidak membawa maksud apa-apa. Karikatur berkenaan dipaparkan membawa sepanduk dengan tulisan Cina yang bermaksud “peminat makanan” dan “resipi”.

Ia hanya karya seni yang memaparkan karikatur pemimpin komunis dan pengasas China moden, Mao Tse Tung serta karikatur tentera dengan pakaian seragam komunis.

Pelikkan? Punya banyak gambar di dunia ini, pemimpin negara asal kamu yang kamu sanjung. Kenapa bukan gambar pemimpin-pemimpin negara ini? Katakanlah pemimpin-pemimpin negara ini tidak layak, sekurang-kurangnya kamu cara pemimpin luar negara demokrasi

Bukankah di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Paling lekeh pun tampallah gambar Ketua Menteri, negeri kamu tinggal.

Apa tujuan kamu gunakan gambar Mao yang begitu asing sekali?

Pemimpin MCA kata lagi, tindakan polis terhadap restoran itu takut boleh menjejaskan hubungan diplomatik dengan negara China.

Saya nak tanya pemimpin MCA, ketika pemimpin komunis membunuh, aniaya, membuli dan menghina umat Islam di Uyghur, ada kamu kisah? Pernahkah kamu tanya, adakah hubungan negara China dengan negara kita Malaysia akan terjejas?

Sepatah pun kamu tidak keluar kenyataan mengenai kekejaman yang dilakukan terhadap umat Islam Uyghur. Kamu ‘sengaja’ tidak mahu sedar bahawa hubungan tali silaturahim umat Islam amat kuat walaupun tidak sebangsa dan berlainan negara.

Apakah UMNO masih mahu berkawan dengan MCA dengan memberikan laluan untuk bertanding di kawasan majoriti Melayu bagi membolehkan MCA menang?

Cuba tengok papan tanda di hadapan restoran tersebut, sebesar-besar tulisan Cina, dengan mengenepikan bahasa kebangsaan.

Pulau Pinang hari ini benar-benar telah menjadi Penang, identiti kebangsaan, semakin lama semakin terhakis. Kenapa MCA tidak nampak semua ini? Tak pernah tegur pun ultra kiasu mengenepikan bahasa kebangsaan?

Nampak sangat mereka ini langsung tidak sensitif dengan identiti negara.

MCA tampil memberikan penjelasan bahawa isteri pemilik restoran tersebut adalah berasal dari China.

Apakah kerana dia berasal dari Cina, maka dia berhak mencinakan dan mengkomuniskan restorannya sesuka hati.

Takkan tak faham lagi, di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak. Kenapa nak bawa gambar komunis dalam negara demokrasi yang menolak komunis?

MCA ini suka kepada demokrasi atau komunis? Bila nak kebebasan hak asasi, sokong demokrasi tetapi bila tiba soal bangsa, kamu pertahankan siapa?

Ini kita belum uji lagi kemampuan ultra kiasu ini berbahasa Melayu. Adakah seperti kata-kata “bulung-bulung telebang di angkase.”

Adakah kerana mahu menjaga hubungan diplomatik dengan China, maka perkara yang menjadi sensitiviti rakyat di sini harus dikorbankan

Ultra kiasu ini berkata lagi, dari tahun 2013 hingga separuh pertama tahun 2020, China telah melabur sejumlah RM9.1 bilion di bahagian utara Semenanjung Malaysia. China juga memainkan peranan aktif dalam membantu Malaysia memerangi wabak COVID-19.

Jadi, adakah dengan bantuan ini, kita perlukan korbankan kedaulatan dan kehormatan negara?

Inikah taraf pemimpin yang mahu dicalonkan untuk PRU15 bagi diundi majoriti Melayu? Saya harap jika muka-muka inilah yang dibawa bertanding di kawasan majoriti Melayu, pastikan dia hilang wang deposit.

Isteri pemilik restoran itu yang berusia 35 tahun bersama suaminya mengatakan bahawa perkataan Cina di poster itu tidak mempromosikan komunisme tetapi sebaliknya membawa slogan jenaka mengenai makanan.

Saya ingin tanya, boleh atau tidak kami lakukan perkara sama di negara China?

Banyak lagi gambar dan kartun, kenapa mesti pilih Mao? Bukan sahaja dinding dihiasi gambar Mao, tetapi juga ukiran pinggan dan cawan bersekali. Jelas sekali dia mahu kita mengingati figura komunis ini.

Saya berharap kerajaan Malaysia jangan sama sekali memberikan kerakyatan kepada isteri pemilik restoran ini.

UMNO begitu lantang berlaga dengan PPBM, tetapi dalam hal komunis ini, takkan tak berani nak tegur MCA yang menumpang berteduh menang di kawasan majoriti Melayu?

Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button