Berita Utama

Annuar Musa dipecat sebagai Setiausaha Agung BN

Tugas beliau serta-merta diambil alih Ahmad Maslan

BANGI, 21 Jamadilawal 1442H, Selasa – Tan Sri Annuar Musa dilaporkan dipecat sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) berkuat kuasa serta-merta.

Media tempatan yang memetik sumber Barisan Nasional (BN) sebagai berkata, keputusan itu dibuat Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di dalam satu mesyuarat di ibu pejabat UMNO hari ini.

Katanya, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan akan mengambil alih tugas Annuar selepas ini.

Sementara itu, Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh tidak memberi sebarang komen berhubung pemecatan itu.

“Ramai yang minta komen. Saya tiada apa komen buat masa ini. Tempoh bertenang,” katanya menerusi kenyataan di Twitter.

Sebelum ini, Annuar menegaskan, beliau sedia dipecat daripada parti sekiranya kritikannya berkaitan isu penyatuan Melayu dan Islam tidak disenangi ahli serta pemimpin akar umbi parti berkenaan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button