Berita UtamaDunia

Pelancong Israel curi barang hotel di Dubai

Aduan muncul sebulan selepas UAE terima penerbangan penumpang komersial Israel

DUBAI, 21 Jamadilawal 1442H, Selasa – Pelancong Israel yang mengunjungi Emiriah Arab Bersatu (UAE) dilaporkan mencuri barang dari bilik hotel di Dubai, lapor akhbar harian Israel, Yedioth Ahronoth.

“Saya telah berkunjung ke UAE, sudah bertahun-tahun menjalankan perniagaan di sana.

“Bulan lalu, ketika saya tiba di lobi hotel, saya lihat ada ‘orang Israel’ sedang disiasat kerana didakwa mencuri barang dari bilik hotel,” kata seorang peniaga dari Tel Aviv.   

Aduan pelancong Israel mencuri dari hotel muncul sebulan selepas penerbangan penumpang komersial pertama dari negara haram itu ke UAE dibuka.

Sementara itu, seorang pengurus sebuah hotel yang menghadap ke bangunan tertinggi di dunia Burj Khalifa, berkata: “Kami menjadi tuan rumah ratusan pelancong dari semua negara di dunia, beberapa di antaranya menimbulkan masalah, tetapi kami belum pernah melihat kejadian barang-barang dicuri seperti ini.”

“Baru-baru ini kami melihat pelancong Israel datang ke hotel, mereka mencuri tuala, beg teh dan kopi, dan bahkan lampu.

“Pernah sebuah keluarga Israel datang dengan dua anak untuk ‘check-out’, dan kami mendapati ada barang-barang yang hilang di dalam bilik. Ketika staf hotel cuba memberitahu, mereka mula menjerit.

“Setelah perbincangan, mereka akhirnya setuju untuk membuka beg dan kami dapati mereka mencuri bekas ais, penyangkut baju, dan tuala muka. 

“Apabila kami beritahu untuk lapor polis, mereka memutuskan untuk mengembalikan semua barang dan meminta maaf,” katanya. 

Dr Abd Al-Aziz Al-Khazraj Al-Nasari, penyampai Qatar, menerbitkan sebuah video yang mendakwa sejumlah pemilik hotel Emirati menghubunginya dengan memperincikan kecurian yang dapat dikesan.

Dalam video yang menjadi viral di media sosial, beliau memberi peringatan, situasi yang belaku di hotel ketika ini, mungkin bertukar menjadi lebih buruk apabila mereka mula mencuri tanah.

“Mereka harus tahu bahawa normalisasi dengan Israel bermaksud harus menyerahkan ‘sesuatu’ dan mungkin tanah negara itu di kemudian hari.”

UAE dan Israel bersetuju untuk menjalin hubungan diplomatik, budaya, dan komersial sepenuhnya setelah menandatangani perjanjian kontroversi pada 15 September di White House. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button