Berita Utama

Pihak sokong komunis ada potensi jadi tali barut negara

Pejuang dulu bergadai nyawa, jangan sampai ideologi komunis dihidupkan semula

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 21 Jamadilawal 1442H, Selasa – Pihak yang mempromosikan pemimpin mahupun elemen komunisme selayaknya ditarik kerakyatan kerana mereka boleh diibaratkan sebagai ‘sampah’ dan pengkhianat negara.

Ini termasuk tindakan pemilik restoran yang memaparkan gambar pemimpin komunis, Mao Zedong pada hiasan dindingnya serta respon pemimpin MCA terhadap isu itu, yang seolah-olah membela perbuatan tidak beretika berkenaan.

Salah seorang pengguna Facebook, Helmi Hamdan berkata, perkara ini terjadi ‘apabila kaduk naik junjung’, dipercayai merujuk kepada parti perkauman, yang sudah tidak lagi mendapat sokongan kaum Cina sendiri.

“Apa sahaja bentuk ideologi komunis cuba dihidupkan kembali, sama sekali tidak boleh diterima. Tidak kira siapa. Pejuang dulu bergadai nyawa mempertahankan negara.

“Jangan biarkan negara ini hancur dengan pemuka dua seperti ini. Ingat jangan sampai komunis menjarah,” katanya.

Manakala, pengguna Facebook, Syafiq Othman pula berkata, respon MCA terhadap isu ini menunjukkan bahawa ia tiada kesetiaan dalam mempertahankan negara sejak dari awal.

“Hilang hormat dan maruah. Lucut sahaja kerakyatan. Orang macam ini ada potensi jadi tali barut negara,” katanya.

Sementara itu, terdapat juga rakyat yang menyamakan MCA dengan parti rasis dan cauvinis DAP dalam tindak-tanduknya mengenai isu ini, malah ada yang melabelkan kedua parti itu sebagai kembar.

M Nasser Husin berkata, semua orang tahu MCA dan DAP itu adik bradik kembar, kedua-duanya komunis.

“Belah mana yang memerintah tetap si kembar ada wakil dalam kerajaan. 

“Yang Melayu pula, iri, hasad dan dengki tak habis-habis. Dah memerintah pun masih bertikaman, lebih-lebih lagi pada yang veteran, Islam bukan keutamaan mereka,” katanya.

Berkongsi nada yang sama, seorang lagi pengguna, Kamarul Izhan berkata, “Kita boleh tengok macam mana DAP dan MCA saling ‘back-up’ dalam mempertahankan isu komunis ini. 

“DAP dan MCA kedua-duanya pro-komunis dan hanya bertopengkan kerajaan dan pembangkang. Tetapi misi dan visi tetap sama,” katanya.

Bimbang kejadian seperti ini berulang, pengguna, Yusika Jimmy Scott Martius menggesa tindakan tegas dilakukan oleh kerajaan bagi mencantas benih-benih komunis yang kian tumbuh.

“Kalau acah-acah gertak sahaja, sampai bila-bila tak akan habis dan mungkin membiak lebih cepat dalam diam,” katanya.

Seorang lagi pengguna Facebook, Ibrahim Jusoh juga berharap Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak berkompromi dengan mana-mana pihak dalam hal ini.

“Diharapkan juga PDRM melakukan siasatan menyeluruh ke atas pihak-pihak tertentu yang mungkin bersekongkol dengan kumpulan ini.

“Jangan biarkan negara dijadikan sebagai tempat kumpulan ini menghidupkan semula perjuangan mereka (ideologi komunis),” katanya.

Kelmarin, dua restoran di Georgetown, Pulau Pinang disiasat selepas pemiliknya menghias premis miliknya masing-masing di Auto City dan Pulau Tikus dengan kertas dinding memaparkan elemen komunisme dan pemimpin komunis.

Semalam, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) juga menurunkan papan iklan sebuah premis makanan di Taman Mount Austin, Johor Bahru kerana mengandungi unsur-unsur komunisme.

Selain memaparkan gambar pemimpin-pemimpin komunis, pekerja premis terbabit dikatakan turut berpakaian seperti tentera komunis China.

Selepas di Pulau Pinang dan Johor, sebuah restoran makanan terkenal di Jonker Walk, Jalan Hang Jebat, Melaka pula diserbu polis yang merampas 18 potret mirip pemimpin Parti Komunis China, Mao Zedong.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button