Berita Utama

UMNO takut tegur punca MCA semakin berani?

‘Mereka sanggup serah kuasa perkuat hegemoni antiperpaduan’

JOHOR BAHRU, 21 Jamadilawal 1442H, Selasa – “Kalau betul UMNO berani dan kuat, tinggalkan sahaja MCA dan fokus perjuangkan identiti negara ini tanpa perlu rasa bersalah lagi dengan MCA,” tegas Angkatan Pemuda Pemudi BERJASA (ANGKASA) Johor.

Ketuanya, AD Satiman membangkitkan perkara itu setelah Naib Presiden MCA, Datuk Tan Teik Cheng seolah-olah menyokong tindakan pemilik restoran di Pulau Pinang menampal kertas hiasan dinding karikatur berunsurkan komunisme.

Selain itu, Teik Cheng turut menyifatkan tindakan polis ke atas restoran berkenaan sebagai terlalu keras dan ‘sensitif’ serta boleh merosakkan hubungan dengan kerajaan China.

Mengulas mengenai perkara itu, AD Satiman berkata, sikap UMNO yang telah memberi talian hayat kepada MCA untuk terus bernafas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah salah satu punca perkara berkenaan berlaku.

“MCA hari ini semakin berani kerana UMNO takut untuk menegur tindakan biadap mereka hari demi hari.

“Tidak ada pemimpin tertinggi yang berani menegur tindakan MCA semenjak daripada pasca PRU14 termasuklah Presiden mereka Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Mereka hanya jadi parti Melayu yang bacul dan sanggup memberi kuasa dan jawatan strategik kepada MCA untuk terus berkuasa memperkuat hegemoni antiperpaduan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tegas AD Satiman, orang Melayu tidak mahu pemimpin yang penakut, sebaliknya menginginkan mereka ikhlas berjuang untuk agama, bangsa dan tanah air.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button