Berita UtamaDunia

30 terkorban dalam letupan dilancar rejim al-Assad

Serangan musnahkan penempatan penduduk, cari suspek dikehendaki

DAMSYIK, 22 Jamadilawal 1442H, Rabu – Lebih daripada 30 orang dilaporkan terbunuh dalam letupan berpunca daripada serangan dilakukan oleh rejim Presiden Syria, Bashar al-Assad di wilayah Daraa sejak awal Disember lalu.

Menurut Kumpulan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria (SOHR), rejim Assad telah mengumpulkan sejumlah besar tentera, sebelum mengerahkan mereka berpecah di bangunan dan penempatan di daerah Al-Dahiyah dekat Barat Daya Daraa

Serangan dilakukan bagi memusnahkan beberapa penempatan penduduk serta menangkap suspek dikehendaki.

Terdahulu, rejim al-Assad menyeksa 98 penduduk dalam dua tahun belakangan ini yang melanggari perjanjian Daraa 2018.

Mereka menyeksa penduduk yang tinggal di Daraa serta memohon pengampunan berdasarkan perjanjian.

Penduduk yang diseksa termasuk sekitar 40 bekas tentera, yang meninggalkan pasukan ketenteraan Syria ketika perang saudara bermula.

Pada tahun 2018, Russia bersama-sama Syria menandatangani perjanjian yang membenarkan ribuan pemberontak dan orang awam ke jalan selamat di wilayah-wilayah lain yang dikuasai pemberontak, sementara mereka melancarkan serangan di Daraa – tempat kelahiran revolusi Syria.

Syria telah dilanda perang saudara sejak awal 2011 apabila rejim Assad memerangi penunjuk perasaan prodemokrasi. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button