Berita Utama

Bukti hitam putih tunjuk Ahmad Zahid setia terhadap Anwar

Wujud rundingan dengan DAP bagi bentuk satu gabungan: Annuar Musa

PUTRAJAYA, 22 Jamadilawal 1442H, Rabu – Bukti hitam putih menunjukkan wujud sokongan setia Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mendakwa, dokumen itu turut membuktikan rundingan yang dijalankan dengan DAP bagi membentuk satu gabungan.

Memetik laporan Malaysian Gazette, Annuar merujuk surat Ahmad Zahid itu kepada Yang di-Pertuan Agong menyatakan kesetiaan kepada Anwar sebagai calon Perdana Menteri yang tular beberapa bulan lalu.

Pada masa sama, Annuar mendakwa, beliau turut mempunyai bukti masa dan lokasi rundingan yang berlangsung di antara Presiden UMNO dan DAP baru-baru ini.

Beliau menyifatkan sokongan terhadap Anwar dan DAP itu bercanggah dengan konsensus yang dicapai UMNO secara en-bloc iaitu No DAP, No Anwar.

Perkara itu sekali gus menyebabkan Ahmad Zahid membelakangkan parti apabila berunding dengan kedua-dua pihak.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button