Berita Utama

Hala tuju kerjasama UMNO-Bersatu fokus MT malam ini

Tindak-tanduk Annuar timbul rasa kurang senang ahli parti

KUALA LUMPUR, 22 Jamadilawal 1442H, Rabu – Pendirian UMNO dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) termasuk kerjasama parti itu dengan Bersatu dijangka fokus utama mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) malam ini yang akan dipengerusikan Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Mesyuarat itu yang dijadualkan pada 8.30 malam akan menyusuli mesyuarat Biro Politik UMNO yang bakal berlangsung pada 3 petang dengan kehadiran semua pengerusi badan perhubungan UMNO negeri.

Desas-desus UMNO mahu meninggalkan PN yang diterajui Bersatu semakin hangat diperkatakan selepas Tan Sri Annuar Musa yang disifatkan “mesra Bersatu” digugurkan daripada jawatannya sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) semalam.

Semalam, Ketua Penerangan UMNO Shahril Hamdan dalam kenyataannya mengesahkan tindak-tanduk Annuar itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan ahli parti.

Shahril juga mengesahkan MT akan membincangkan segala kemungkinan termasuk tidak bekerjasama dengan Bersatu pada pilihan raya umum akan datang, susulan usul daripada 140 UMNO bahagian.

Mengenai arahan UMNO agar ahli Parlimennya menarik balik sokongan terhadap PN, Shahril berkata: “MT UMNO akan berbincang segala kemungkinan.”

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button