Berita UtamaDunia

4 maut rusuhan di Capitol AS

14 anggota polis cedera, seorang parah

WASHINGTON, 23 Jamadilawal 1442H, Khamis – Sekurang-kurangnya empat terbunuh dalam insiden rusuhan oleh penyokong Presiden Donald Trump di Capitol Amerika Syarikat (AS).

Terdahulu, polis mengesahkan seorang wanita maut ditembak dan menurut Ketua Polis D.C. Robert Contee, mangsa ditembak oleh pegawai polis Capitol berpakaian biasa, lapor Agensi Anadolu.

Identiti wanita itu belum dikenal pasti.

“Ini kejadian yang tragis dan saya mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan mangsa,” tambahnya.

Walaupun Polis Capitol, berada di bawah agensi penguatkuasaan undang-undang yang berasingan dengan Jabatan Polis D.C., namun siasatan mengenai insiden itu akan tetap dilakukan sama seperti kes lain membabitkan tembakan oleh anggota polis.

Contee berkata tiga lagi mangsa – seorang wanita dan dua lelaki – bagaimanapun beliau tidak memberikan butiran lanjut mengenai sebab kematian

Sementara itu, sekurang-kurangnya 14 anggota polis cedera, termasuk seorang parah, kata Contee.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 52 orang ditahan, 47 daripadanya kerana melanggar perintah berkurung.

Polis turut menjumpai sebutir bom buatan sendiri masing-masing di Bangunan Jawatankuasa Demokratik dan di Bangunan Jawatankuasa Republik.

Senjata api dan bom botol turut dijumpai di dalam sebuah kenderaan di perkarangan Capitol. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button