Berita UtamaDunia

Jepun isytihar darurat di Tokyo, tiga wilayah berdekatan

Berkuat kuasa bermula Jumaat hingga 7 Februari depan

TOKYO, 23 Jamadilawal 1442H, Khamis – Perdana Menteri Jepun, Yoshihide Suga pada Khamis mengisytiharkan darurat di Tokyo dan di wilayah Saitama, Chiba dan Kanagawa, melaksanakan langkah pencegahan lebih ketat untuk memerangi lonjakan jangkitan COVID-19, lapor Agensi Berita Xinhua.

Darurat akan berkuat kuasa bermula Jumaat hingga 7 Februari, dengan beberapa langkah termasuk menggesa orang ramai duduk di rumah dan restoran serta bar berhenti menyajikan alkohol pada 7 malam dan ditutup pada 8 malam.

Waktu operasi gimnasium, pusat beli-belah dan kemudahan hiburan juga akan dipendekkan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button