Pendapat

Perlukah Ahmad Zahid perkuda UMNO selamatkan diri?

Sanggup bakul sampahkan identiti UMNO bekerjasama dengan DAP?

DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kelihatan amat tertekan dan terdesak untuk bekerjasama dengan sesiapa dalam membentuk pakatan politik baharu bagi melepaskan diri beliau dari pelbagai pertuduhan salah laku rasuah, pecah amanah dan penggubahan wang haram.

Beliau yang sedang dibicarakan, antara lain terhadap 40 pertuduhan rasuah termasuk yang melibatkan Yayasan Akalbudi dan Sistem Visa Luar Negara (VLN) amat takut jika dikenakan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan (puluhan juta ringgit)

Persoalannya:

1) Perlukah beliau mengheret dan memperkudakan seluruh parti UMNO bagi menyelamatkan kepentingan sendiri akibat kerakusan dan ketamakannya membolot kekayaan hasil kepercayaan yang diberikan oleh rakyat?

2) Kenapa beliau sanggup membakul sampahkan identiti serta agenda perjuangan UMNO sejak merdeka dengan bekerjasama dengan parti rasis dan pendokong Komunis, DAP?

3) Tidakkah beliau melihat rakyat sudah mula memberikan kepercayaan dan keyakinan terhadap menteri-menteri UMNO yang sangat berprestasi dalam kabinet Perikatan Nasional bagi membendung pandemik COVID-19 (Menteri Pertahanan, Kesihatan dan Sains, Teknologi & Inovasi)?

4) Adakah beliau mahu derhaka dan membelakangkan arahan YDPA bagi menghentikan semua politiking dan memberikan fokus tidak berbelah bahagi kepada kebajikan rakyat pada fasa kritikal COVID-19 (dan terkini musibah banjir) yang telah melanda negara?

5) Adakah selama ini beliau berpura-pura menggerakkan UMNO bagi membina pengaruh dan menanti masa yang sesuai bagi menjayakan agenda mentornya DS Anwar Ibrahim bagi menjadi Perdana Menteri Malaysia?

Ir Ts Lukman Al Hakim
Ahli Jawatankuasa Pusat ISMA

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button