Berita Utama

Skandal kartel daging: 2 pegawai MAQIS Johor ditahan

Suspek berkenaan disyaki terbabit dalam kegiatan rasuah

JOHOR BAHRU, 23 Jamadilawal 1442H, Khamis – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua pegawai Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Johor hari ini kerana disyaki terbabit dalam kegiatan rasuah berhubung aktiviti penyeludupan bahan mentah sejuk beku dari negara yang dilarang untuk dibawa masuk ke Malaysia.

Menurut sumber, kedua suspek masing-masing berusia 27 dan 31 tahun ditahan di Pejabat SPRM Johor, kira-kira 11 malam tadi.

Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut namun enggan mengulas lanjut kerana kes masih dalam siasatan.

Beliau memaklumkan kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pagi ini untuk permohonan reman. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button