Dunia

10 doktor Lubnan meninggal dunia, 15 di ICU akibat COVID-19

Kesal rakyat masih sambut Krismas, Tahun Baru tanpa langkah pencegahan

BEIRUT, 24 Jamadilawal 1442H, Jumaat – Tidak kenal siapa. Penularan wabak pandemik COVID-19 bukan hanya menjangkiti kalangan rakyat biasa, bahkan juga golongan pemimpin negara dan petugas barisan hadapan.

Di Lubnan, kira-kira 10 doktor perubatan meninggal dunia akibat wabak itu, termasuk 15 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 200 yang lain dikuarantin. 

Ketua Doktor Lubnan, Charaf Abou Charaf berkata, masyarakat perlu bersama membantu mengekang penularan COVID-19 bagi mengelakkan sistem kesihatan negara itu lumpuh. 

“Rakyat perlu menangani virus ini bersama dengan langkah yang lebih serius dalam usaha mengekalkan operasi di sektor kesihatan dan mencegah keruntuhannya,” katanya. 

Order of Physicians Lubnan adalah organisasi perubatan dan kumpulan doktor terbesar di negara itu. 

Abou Charaf mengecam tindakan segelintir rakyat yang masih menyambut perayaan Hari Natal dan Tahun Baru tanpa mengambil langkah pencegahan jangkitan. 

Justeru, beliau menggesa pihak berkuasa untuk bersama meningkatkan penguatkuasaan dan langkah memerangi wabak itu dengan lebih ketat. 

Terdahulu, Lubnan melaporkan 4,774 kes jangkitan harian baharu menjadikan keseluruhan kepada 204,699 kes dengan 1,566 kematian. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button