Dunia

PBB adakan persidangan ikrar demi keamanan Sudan

Persidangan babitkan Kesatuan Eropah, Arab Saudi, Mesir, dan Jerman

GENEVA, 24 Zulkaedah 1444H, Selasa – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengadakan persidangan ikrar untuk Sudan yang bergolak sejak 19 Jun di Geneva, kata seorang jurucakap pada hari Isnin.

“Akan ada acara ikrar peringkat tinggi untuk menyokong pelan tindak balas kemanusiaan di Sudan dan rantau ini,” kata Jurucakap PBB, Stephane Dujarric.

Persidangan ikrar itu akan dianjurkan bersama dengan Mesir, Jerman, Qatar Arab Saudi dan Kesatuan Eropah.

Negara Afrika yang dilanda konflik itu telah diselubungi keganasan selama berminggu-minggu antara Angkatan Tentera Sudan dan kumpulan separa tentera Rapid Support Forces (RSF).

Barangan penting untuk kelangsungan hidup rakyat semakin berkurangan di pusat bandar yang paling teruk terjejas, terutamanya Khartoum.

Lebih 13.6 juta kanak-kanak memerlukan bantuan kemanusiaan di Sudan, jumlah tertinggi pernah dicatatkan di negara itu di tengah-tengah pertempuran sengit, menurut agensi kanak-kanak PBB, UNICEF.

Lebih daripada 700 orang telah terbunuh, termasuk 190 kanak-kanak, dan 6,000 yang lain cedera, menurut angka PBB.

Lebih 1 juta penduduk kehilangan tempat tinggal dan lebih 840,000 terpaksa mencari perlindungan di kawasan luar bandar dan negeri lain manakala 250,000 lagi telah melintasi sempadan Sudan.

Perselisihan faham mencetuskan sejak beberapa bulan kebelakangan ini antara kedua-dua pihak mengenai integrasi RSF ke dalam angkatan bersenjata, iaitu syarat utama perjanjian peralihan Sudan dengan kumpulan politik.

Sudan tidak mempunyai kerajaan yang berfungsi sejak musim gugur 2021, apabila tentera memecat kerajaan peralihan Perdana Menteri, Abdalla Hamdok dan mengisytiharkan darurat dalam tindakan yang dikecam oleh kuasa politik sebagai rampasan kuasa.

Tempoh peralihan, yang bermula pada Ogos 2019 selepas penyingkiran Presiden Omar al-Bashir, telah dijadualkan berakhir dengan pilihan raya pada awal 2024 -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button