Berita Utama

Islamis perlu bahas isu politik bimbing generasi muda

Pengundi muda tiada pilihan banyak jika pemain politik masih sama

BANGI, 24 Jamadilawal 1442H, Jumaat – Naib Presiden Barisan Jemaah Islamiah Malaysia (BERJASA), Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman menyeru golongan muda terutama yang mempunyai agenda untuk membangunkan agama Islam supaya tampil ke hadapan dalam arena politik.

Katanya, terdapat kecenderungan golongan muda Islamis tidak mahu bercakap mengenai politik, kerana meraikan anak-anak muda yang sudah muak dengan perangai ahli politik sedia ada.

Walhal, belia berusia 18 tahun akan memiliki peluang untuk turut sama mengundi pada pilihan raya akan datang, tegas Ustaz Mohd Hazizi.

“Bagi saya, kalau Islamis tak nak cakap pasal politik, siapa lagi nak bimbing generasi muda? Tak lama lagi anak muda usia 18 tahun akan automatik jadi pemilih. Mereka nak pilih siapa? 

“Nak pilih anak muda Islamis yang tak nak cakap pasal politik? Macam mana nak pilih kalau golongan itu tak ada ‘vehicle’ parti politik sementelahan tak nak cakap pasal politik? NGO tak bertanding,” katanya dalam tulisan di laman Facebook, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sekiranya tiada anak muda berjiwa Islamis yang memunculkan diri untuk memberi saingan kepada pemain politik baharu dan sedia ada, maka suasana politik di masa hadapan juga sama sekalintidak akan melalui perubahan ketara berbanding sekarang. 

“Nampak gayanya pemilih muda hanya ada pilihan MUDA Syed Saddiq dan geng Siti Kassim yang sudah isytihar untuk bertanding.

“Atau kemungkinan sikit masa lagi geng Nurul Izzah, Rafizi Ramli dan Khairy Jamaluddin (KJ). Apa pandangan anda?,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button