Berita Utama

Amaran cuaca waspada di beberapa negeri hingga Selasa

Hujan lebat di Pahang, Johor, beberapa kawasan di Terengganu, Sarawak

KUALA LUMPUR,24 Jamadilawal 1442H, Jumaat – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat di Pahang, Johor serta beberapa kawasan di Terengganu dan Sarawak dijangka berlanjutan sehingga Selasa ini.

Di Terengganu kawasan terlibat ialah Dungun dan Kemanan, manakala di Sarawak melibatkan daerah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah.

Selain itu, di Sabah hujan lebat dijangka berlaku dari Ahad hingga Selasa ini melibatkan Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat dan Kudat. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button