Berita Utama

Desak PRU15 bukan suara rakyat, tapi pemimpin tamak kuasa

Tak wajar PRU ketika rakyat susah, negara bergelut COVID-19

BANGI, 24 Jamadilawal 1442H, Jumaat – Pemimpin politik yang mendesak supaya Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan dalam masa terdekat hanya tamakkan kuasa, namun cuba berselindung disebalik keadilan dan suara rakyat. 

 Apatah lagi, desakan itu dibuat ketika negara masih bergelut menentang penularan wabak pandemik COVID-19 yang kini merekodkan kes jangkitan harian mencecah 3,000. 

 Ketua Perhubungan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Kelantan, Ustaz Sharipudin Ab Kadir menyifatkan, desakan yang dilakukan ahli politik ketika ini tidak wajar dan bukan mewakili kehendak rakyat. 

“Sedangkan suara rakyat sekarang memerlukan pertolongan kerajaan dan memulihkan ekonomi untuk kehidupan mereka. 

“Dan rakyat jela tidak mahu diadakan PRU pada masa kesusahan sekarang,” katanya memetik laporan ISMA.org, hari ini. 

Beliau berkata demikian mengulas cadangan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan sebelum ini supaya PRU15 diadakan dalam masa terdekat. 

Ahmad dilaporkan mendakwa, COVID-19 bukan lagi alasan untuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak adakan PRU lebih awal, memandangkan virus itu sudah mempunyai vaksin. 

Malah, beliau mendakwa bahawa UMNO dan seluruh jentera parti perlu bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan akan berlaku pilhan raya. 

Mengulas lanjut, Ustaz Sharipudin menyifatkan desakan itu hanya dibuat oleh beberapa pemimpin parti politik dan bekas menteri yang tidak diberi jawatan dalam kerajaan sekarang. 

“Mereka yang mendesak diadakan PRU adalah dari kalangan yang pernah jadi menteri dan ada dakwaan di mahkamah. 

“Berselindung disebalik untuk membentuk kerajaan yang kuat tetapi apa yang tersirat ialah mereka kejar pangkat dan melepaskan diri daripada perbicaraan di mahkamah,” dakwanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button