Berita Utama

Harga petrol kekal, diesel naik 1 sen

RON97, RON95 masing-masing RM1.84 dan RM2.14 seliter hingga 15 Januari

BANGI, 24 Jamadilawal 1442H, Jumaat – Harga runcit petrol RON95 dan RON97 kekal, masing-masing pada paras RM1.84 dan RM2.14 seliter bagi tempoh 9 Januari hingga 15 Januari 2021.

Bagaimanapun, Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit diesel naik 1 sen kepada RM2.02 seliter.

Katanya, penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button