Berita Utama

Isu logo halal: Teruskan BMF, jangan putus asa cari produk muslim

Lebih 1 juta pek mi segera dirampas guna logo Jakim halal tanpa kebenaran

BANGI, 24 Jamadilawal 1442H, Jumaat – Umat Islam disarankan supaya terus menyokong kempen Beli Produk Muslim (BMF) dan mengutamakan barangan keluaran orang Islam.

Saranan itu dibuat Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat Malaysia (Amal Sejagat), Cikgu Izzat Johari susulan isu penggunaan logo halal tanpa kebenaran membabitkan produk makanan jenis mi segera.

Kelmarin, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor merampas lebih sejuta pek mi segera dianggarkan bernilai RM1.49 juta.

Ini selepas KPDNHEP negeri menjalankan serbuan ke atas premis terbabit yang dipercayai menggunakan logo hala Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) walaupun telah dibatalkan sejak Oktober tahun lalu.

Penarikan sijil halal itu berikutan kegagalan syarikat berkenaan mematuhi standard pemegang sijil halal seperti ditetapkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), selain premis yang kotor dan bahan mentah diletakkan di atas lantai kilang.

“Alhamdulillah. Tak banyak, hanya 1 juta pek mi segera sahaja yang dirampas olehe KPDNHEP kerana menggunakan logo halal tanpa kebenaran.

“Ingatlah wahai sahabat-sahabat semua, utamakan produk muslim. Terus istiqomah dan jangan putus asa mencari produk muslim,” kata Izzat dalam kenyataan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button