Berita UtamaDunia

Negara termiskin dijangka terima vaksin COVID-19 akhir Januari

92 negara berpendapatan rendah akan menerima vaksin

GENEVA, 24 Jamadilawal 1442H, Jumaat – Negara-negara termiskin di dunia dijangka menerima dos vaksin COVID-19 pertama mereka antara akhir bulan Januari dan pertengahan Februari, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam.

Vaksinasi sudah dijalankan di beberapa negara terkaya di dunia, termasuk Amerika Syarikat (AS), Britain, negara-negara Kesatuan Eropah (EU) dan Kanada.

COVAX- inisiatif pemerolehan dan pengedaran vaksin yang dikumpulkan secara global – telah membuat perjanjian untuk mendapatkan dua bilion dos – dan yang pertama akan dilancarkan dalam beberapa minggu, kata Pengarah Jabatan Imunisasi WHO, Kate O’brien.

COVAX menyasarkan bagi mendapatkan vaksin untuk 20 peratus populasi di setiap negara yang berpartisipasi pada akhir tahun ini, dengan pembiayaan dilindungi untuk 92 ekonomi berpendapatan rendah dan pertengahan yang terlibat dalam skema ini.

Ia dipimpin bersama oleh WHO, Pakatan Vaksin Global (GAVI) dan Gabungan Bagi Inovasi Persediaan Epidemik (CEPI).

Ditanya seberapa segera negara berpendapatan rendah Afrika akan mendapat vaksin, O’Brien memberitahu secara langsung dalam media sosial WHO: “Kemudahan ini mempunyai akses kepada lebih dari dua bilion dos vaksin.

“Kami akan mula memberikan vaksin tersebut mungkin pada akhir Januari, dan jika tidak, pasti pada awal Februari dan pertengahan Februari.

“Begitulah negara-negara di Afrika dan Asia Selatan, serta negara-negara lain di seluruh dunia dari 92 ini yang kurang mampu membayar vaksin, sebenarnya akan mendapat vaksin,” katanya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button