Palestin nafi terima vaksin COVID-19 dari negara haram Israel
Kerajaan giat beli vaksin diluluskan WHO, dijangka diedar pada Februari

BAITULMAQDIS, 24 Jamadilawal 1442H, Jumaat – Kementerian Kesihatan Palestin menolak laporan media Israel, yang mendakwa pihaknya menerima vaksinasi COVID-19 dari negara penjajah itu.
Dalam satu kenyataan, kementerian berkata, pihaknya telah didekati oleh syarikat-syarikat bukan kerajaan Israel yang menawarkan 20 vaksinasi awal untuk eksperimen oleh Kementerian Kesihatan – perkara terakhir yang ditolak sepenuhnya.
Katanya, kerajaan giat berusaha untuk membeli vaksin yang diluluskan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dan telah menjangkau banyak syarikat untuk membeli vaksin yang disetujui ini.
“Vaksin tersebut akan tersedia di Palestin Februari depan, dan akan menjadi pilihan serta tidak dikenakan sebarang bayaran bagi warganegara,” katanya.
Sebelum ini, media melaporkan, Palestin dijangka menerima empat juta dos vaksin COVID-19 yang dibangunkan oleh Russia.
Pegawai di Kementerian Kesihatan Palestin, Osama Najjar memberitahu, vaksin Sputnik V dijangka tiba awal tahun untuk diberi kepada rakyat.
Bagaimanapun, pihaknya menolak untuk mendapatkan Pfizer disebabkan vaksin berkenaan perlu disimpan di dalam peti sejuk pada suhu bawah 80 darjah celsius. – Agensi