Berita UtamaDunia

Kementerian Palestin kutuk tindakan pembunuhan seorang warganya

Gesa Mahkamah Jenayah Antarabangsa sediakan siasatan segera

RAMALLAH, 16 Rabiulawal 1444H, Khamis – Menteri Luar dan Ekspatriat Palestin mengutuk tindakan pembunuhan seorang remaja lelaki warganya di pintu masuk Kem Pelarian al-Aroub, utara Hebron.

Kementerian menerusi kenyataan menyelar, jenayah baharu yang dilakukan rejim Zionis sebagai sebahagian siri pembunuhan harian terhadap rakyat Palestin.

Tindakan berkenaan sekali gus membuktikan negara haram itu bertanggungjawab dengan jenayah yang dilakukan, sambil menggesa masyarakat antarabngsa menyediakan perlindungan kepada penduduk Palestin.

Malah, pada masa sama menggesa Mahkamah Jenayah Antarabangsa menyegerakan siasatan ke atas jenayah yang dilakukan.

Usama Mahmoud Adawi terkorban selepas beberapa butir peluru menembusi perut kesan ditembak rejim Zionis dalam pertempuran di kem pelarian.

Remaja berusia 18 tahun itu disahkan meninggal dunia ketika mendapat rawatan di hospital. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button