Berita Utama

ISMA Johor Bahru salur bantuan makanan kepada mangsa banjir

Bantuan sasar mangsa terjejas di Johor Bahru, Kluang

JOHOR BAHRU, 25 Jamadilawal 1442H, Sabtu – Sebanyak 100 bungkus keperluan makanan disediakan oleh Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Johor Bahru hari ini, bagi disumbangkan kepada mangsa banjir.

Bantuan itu menyasarkan mangsa yang berada di Kampung Laut Batu 10 dan Kampung Skudai Kecil di Skudai, Johor Bahru serta di daerah Kluang.

 

 

 

“Terima kasih tak terhingga diucapkan kepada semua penyumbang yang prihatin dan budiman, walaupun mereka tidak tahu siapa yang memberi, namun yakinlah Allah mencatat segala,” kata ISMA Johor Bahru dalam satu kenyataan, hari ini.

Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui Tabung Sumbangan Mangsa Banjir ISMA Johor; ISMA DT SERVICES, Nombor akaun CIMB Bank:
8603 2634 23.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button