Berita Utama

Aniaya UMNO, Ahmad Jazlan tarik diri sokong PN

Dakwa kerajaan sekarang seolah-olah tidak bela rakyat

BANGI, 25 Jamadilawal 1442H, Sabtu – Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob menarik diri daripada menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) berkuat kuasa hari ini.

Beliau berkata, keputusan menarik sokongan terhadap kerajaan kepemimpinan, Tan Sri Muhyiddin Yassin dibuat tanpa desakan daripada mana-mana pihak.

Pengerusi UMNO Negeri Kelantan itu berkata, keputusan berkenaan diambil selepas melihat kerajaan hari ini dilihat seolah-olah tidak membela rakyat dan dalam masa yang sama menganiaya UMNO.

“Seramai 12 daripada 14 bahagian (UMNO) meminta saya untuk mempertimbangkan agar menarik balik sokongan kepada kerajaan PN yang ditunjangi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kerana Perdana Menteri daripada parti itu.

“Pada hemat kami, semua kerajaan yang ada hari ini tidak berupaya mengurus tadbir negara dengan baik dan tak berjaya laksanakan amanah yang diberikan dengan seadilnya,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Jazlan mengumumkan semua 12 bahagian UMNO menyatakan pendirian menarik sokongan terhadap kerajaan PN.

Katanya, surat berkaitan tindakan dilakukan itu akan diserahkan kepada Presiden parti selepas ini.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button