Berita UtamaPendapat

Buang pemimpin bermasalah, 5 syarat UMNO kekal relevan

Masa depan UMNO gelap jika gagal laksanakan perubahan

UMNO masih ada harapan untuk berubah dan diterima majoriti rakyat Melayu Islam di Malaysia

2. Parti terbesar umat Melayu ini kini terbeban pelbagai krisis hala tuju dan agenda perjuangan, rasuah pemimpin tertinggi, budaya parti yang busuk serta tolakan yang amat kuat dari kalangan rakyat umum yang bukan ahli.

3. Namun potensi pengalaman, dasar perjuangan asal, jentera ahli, aset serta infrastruktur yang telah sedia ada merupakan sesuatu yang tidak boleh dipandang enteng dan ada pemberat tersendiri dalam senario politik tanah air.

4. Lima syarat asas perlu diambil untuk UMNO kekal relevan. Pertama buang dan tukar para pemimpin tertinggi yang mempunyai isu integriti, rasuah, pecah amanah, penyalahgunaan kuasa dan penggubahan wang haram. Bekas pemimpin parti sebagai contoh Tun M juga perlu dibicarakan jika ada pertuduhan yang sah.

5. Jika syarat pertama ini pun dirasakan mustahil untuk dibuat, maka saya amat yakin masa depan UMNO amat gelap. UMNO tidak mampu bertahan lama dan akan menggali kubur mereka sendiri tidak kira apa pun transformasi dan kerjasama politik yang dibuat selepas ini.

6. Kedua, UMNO perlu menukar para pemimpin yang telah berusia (walaupun bersih) dengan pemimpin muda yang mempunyai integriti, berkemahiran tinggi dan berpengaruh luas. Walaupun sukar mencari calon-calonnya disebabkan pemimpin muda sedia ada terikut-ikut dengan rentak pemimpin tua yang rosak, namun bagi saya ia tidak mustahil.

7. Ketiga, pemimpin muda yang dilantik inilah yang akan berperanan mentransformasi UMNO menjadi parti yang bersih, tidak elit (inklusif), benar-benar berdenyut bersama nadi rakyat serta profesional dalam mentadbir negara. Perubahan total budaya ini sudah semestinya sukar namun mesti dilakukan untuk mengelakkan UMNO terus tenggelam dan mati.

8. Keempat, selepas UMNO sudah bersih dan berdaya saing barulah strategi kerjasama politik dan agenda perjuangan asal akan memainkan peranan memacu parti ini terus kehadapan.

Kerjasama politik UMNO dalam Barisan Nasional (BN) perlu dikaji semua terutama dengan situasi terkini MCA. Hubungan dalam Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN) juga perlu disejajarkan dengan agenda nasional. Tanpa identiti dan matlamat perjuangan, UMNO akan terus menjadi beban dalam mana-mana permuafakatan politik yang diambil.

9. Yang terakhir, dan yang paling utama UMNO perlu menjadikan Islam sebagai tunjang perjuangan kemudian baharulah disulami dengan agenda Melayu. Sekarang ini Islam hanya menjadi simbol dan retorik dalam parti ini, sedangkan pemimpin tertingginya sangat jelas tidak mengamalkan cara hidup Islam yang tulen. Malah sebahagian mereka berkiblatkan Barat, liberal dan anti-Islam.

10. Jika kelima-lima cadangan ini gagal dilakukan oleh UMNO, saya mencadangkan semua ahli UMNO cari parti lain yang memenuhi kriteria-kriteria ini. Anda sedang berada di dalam kapal yang hampir karam!

Ir Ts Lukman Al Hakim
Pemerhati politik

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button