Berita UtamaDunia

COVID-19: Kes baharu di Indonesia lepasi angka 10,000 dua hari berturut-turut

Jakarta catat jumlah kes positif tertinggi

JAKARTA, 25 Jamadilawal 1442H, Sabtu – Indonesia mencatatkan kes baharu COVID-19 melepasi angka 10,000 untuk tempoh dua hari berturut-turut, menjadikan kes keseluruhan di republik itu kini meningkat kepada 818,386 kes.

Menurut data yang disiarkan menerusi laman rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, covid19.go.id. hari ini, kes positif baharu COVID-19 bagi tempoh 24 jam itu adalah sebanyak 10,046 kes, selepas mencatatkan rekod tertinggi semalam iaitu 10,617 kes.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini juga, sebanyak 194 lagi kematian berlaku, menjadikan kematian keseluruhan akibat virus itu kini meningkat kepada 23,947 orang.

Provinsi Jakarta mencatatkan jumlah kes positif tertinggi iaitu 203,411 kes dengan tambahan 2,753 lagi kes baharu dalam tempoh 24 jam manakala provinsi Jawa Timur merekodkan jumlah kes kematian keseluruhan tertinggi iaitu 6,380 orang, dengan 66 lagi kematian bagi tempoh berkenaan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button