Berita Utama

COVID-19: Malaysia catat 2,451 kes baharu

5 kematian dilaporkan sepanjang 24 jam lalu

KUALA LUMPUR, 25 Jamadilawal 1442H, Sabtu – Kes harian baharu COVID-19 di Malaysia terus mencatat empat angka dengan 2,451 kes baharu dilaporkan hari ini, manakala 1,401 kes sembuh dan masing-masing lima kluster baharu dan kematian direkodkan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sehingga hari ini, jumlah kes positif sebanyak 133,559 kes manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 26,185 kes.

“Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat lima kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula sebanyak 2,446 kes.

“Bagi kes penularan dalam negara, 1,858 kes adalah warganegara Malaysia dan 588 kes bukan warganegara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selangor, kata beliau, kekal mencatat kes harian baharu tertinggi sebanyak 564 kes diikuti Sabah 409 kes dan Negeri Sembilan 351 kes. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button