Berita Utama

MCA ‘raja diam-diam Malaysia’?: DAP

MCA digesa suara pendirian berkenaan kerajaan Melayu Islam PN

BANGI, 25 Jamadilawal 1442H, Sabtu – DAP menggesa pemimpin tertinggi dan akar umbi MCA menyuarakan pendirian mereka sama ada terus menyokong kerajaan Melayu Islam hasil kerjsama PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng membangkitkan perkara itu kerana sebelum ini pemimpin tertinggi UMNO memutuskan untuk tidak lagi bekerjasama dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Bersatu.

Oleh itu, katanya, pemimpin tertinggi MCA patut menyuarakan pendirian mereka sama ada parti itu akan terus menyokong PAS, yang juga disifatkan sebagai kerajaan pintu belakang yang bukan dipilih rakyat.

“Ahli MCA perlu ingat, pendirian Hadi Awang dan PAS terhadap pendidikan Cina, SJKC (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina) dan Sekolah Menengah Persendirian Cina,selain layanan mereka terhadap masyarakat Cina yang menyentuh isu tradisi, cara makan minum, aktiviti kuil komuniti dan lain-lain.

“Tapi dia percaya, para pemimpin MCA pusat pastinya akan memainkan peranan nombor satunya sebagai ‘Raja Diam-Diam Malaysia’,’ katanya seperti dilapor therocket.com.my, semalam.

Lip Eng berkata, setidak-tidaknya UMNO berani mengadakan mesyuarat bagi bertanya pendapat pemimpin akar umbi sebelum menolak kerjasama dengan Bersatu, malah perkara sama juga perlu dilakukan MCA.

“Disebabkan sokongan MCA dan PAS, kerajaan lemah yang dipimpin Muhyiddin masih boleh bertahan dengan majoriti sokongan dari dua ahli Parlimen,” katanya.

Selain itu, katanya, kerajaan diterajui Muhyiddin tidak dapat mengurus serangan COVID-19, selain tiada hala tuju untuk memulihkan ekonomi.

“…MCA akan terus berdiam seperti mereka tidak berani menyuarakan kerjasama mereka dengan PAS atas dasar suka sama suka,” katanya.

PAUTAN BERKAITAN: https://therocket.com.my/cn/2021/01/08/%e9%a9%ac%e5%8d%8e%e7%bb%a7%e6%94%af%e6%8c%81%e4%bc%8a%e5%85%9a%e7%bb%84%e8%84%86%e5%bc%b1%e6%94%bf%e5%ba%9c%ef%bc%9f-%e6%9e%97%e7%ab%8b%e8%bf%8e%e6%8c%91%e6%88%98%e5%bc%80%e5%a4%a7%e4%bc%9a%e5%92%a8/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button