Berita UtamaDunia

Melampau! Zionis cederakan tunjuk perasaan warga emas

Israel dlihat mula lipat ganda serangan ke atas penduduk Palestin

RAMALLAH, 25 Jamadilawal 1442H, Sabtu –  Seorang warga emas dan ahli paramedik Palestin antara yang dilaporkan tercedera dalam serangan rejim pengganas Israel di Masafer Yutta, Selatan Hebron dan di Kafr Qaddum dekat Qalqilia.

Serangan berpunca daripada tunjuk perasaan mingguan oleh ratusan warga Palestin yang menentang penjajahan Israel, yang turut menindas golongan lemah.

Di Masafer Yatta, seorang warga emas cedera ketika serangan, manakala penunjuk perasaan lain sesak nafas akibat terhidu gas pemedih mata dilepaskan rejim Zionis.

Haji Suleiman Hathlain dikejarkan ke hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan.

Sementara itu, aktivis tempatan, Foad Omour berkata, rejim Zionis telah bertindak dengan melipatgandakan jumlah serangan ke atas penduduk Palestin serta harta benda mereka.

Ianya salah satu rancangan jahat Israel bagi menghalau penduduk Palestin selain menggalakkan pembinaan penempatan haram.

Dalam serangan di kampung Kafr Qaddum, dua rakyat Palestin termasuk seorang paramedik cedera dan kedua-keduanya  dirawat di tempat kejadian. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button