Berita UtamaDunia

Wad hospital terbakar korbankan 10 bayi

Semua mangsa berusia beberapa hari hingga tiga bulan

NEW DELHI, 25 Jamadilawal 1442H, Sabtu – Sepuluh bayi meninggal dunia selepas satu wad di sebuah hospital di Maharashtra, barat India terbakar, kata seorang doktor.

Doktor kanan, Pramod Khandate berkata, kakitangan sempat menyelamatkan tujuh bayi baru lahir di hospital yang terletak di daerah Bhandara itu, namun gagal menyelamatkan 10 yang lain dalam kebakaran jam 2 pagi.

Menurut laporan, semua bayi yang maut dalam kejadian itu berusia antara beberapa hari hingga tiga bulan.

“Punca kebakaran belum diketahui tetapi kakitangan kami memadamkan api secepat mungkin. Asap menyebabkan bayi lemas” katanya.

Jururawat yang bertugas menyedari kebakaran tercetus dari unit neonatal hospital lalu membunyikan penggera kebakaran.

Anggota bomba mengawal api kebakaran dari merebak ke bahagian lain di hospital, manakala pesakit lain dipindahkan ke tempat selamat. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button