Berita Utama

Tiada rakyat Malaysia dalam nahas pesawat Sriwijaya Air

Pesawat dilapor bawa 62 penumpang termasuk anak kapal

JAKARTA, 26 Jamadilawal 1442H, Ahad – Tiada rakyat Malaysia di dalam pesawat Sriwijaya Air, yang dilaporkan terhempas di perairan Kepulauan Seribu di Indonesia.

Menurut kenyataan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, pihak kedutaan telah dimaklumkan tiada warga negara Malaysia terbabit dalam nahas berkenaan.

Pesawat jenis Boeing 737-500 yang membawa 62 penumpang termasuk anak kapal itu dilaporkan terputus hubungan selepas berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta menuju Pontianak, pukul 2.36 petang semalam waktu Indonesia Barat.

Kontak terakhir pesawat itu dengan menara kawalan adalah pada jam 2.40 petang waktu Indonesia Timur. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button