Aktivis Wanita ISMA Johor terbabit Misi Bantuan Banjir
Misi kemanusiaan diadakan bagi ringankan beban mangsa banjir

JOHOR BAHRU, 26 Jamadilawal 1442H, Ahad – Seramai sembilan orang aktivis dan sukarelawan Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Johor mengambil bahagian dalam Misi Bantuan Banjir di Skudai, di sini, baru-baru ini.
Ketuanya, Prof Madya Dr Madihah Rushaidi berkata, misi kemanusiaan itu diadakan bagi meringankan beban dihadapi oleh mangsa banjir.
Kerja-kerja pembersihan membabitkan dua buah rumah serta pengagihan 100 bungkus keperluan makanan kepada mangsa-mangsa banjir telah dilakukan di Kampung Laut Batu 10 dan Kampung Skudai Kecil.
Wanita ISMA Johor akan meneruskan misi berkenaan dari semasa ke semasa dan sumbangan berterusan daripada masyarakat amat digalakkan.
Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui Tabung Sumbangan Mangsa Banjir ISMA Johor; ISMA DT SERVICES, Nombor akaun CIMB Bank:
8603 2634 23.