Berita Utama

Fahami petugas barisan hadapan, tak mudah urus jenazah COVID-19

Dr Noor Hisham ajak rakyat jaga diri elak dijangkiti wabak

BANGI, 26 Jamadilawal 1442H, Ahad – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini meluahkan keprihatinannya terhadap pertambahan kes kematian harian akibat COVID-19 di negara ini. 

Dalam satu kenyataan, Dr Noor Hisham berkata, setakat 9 Januari jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 telah dilaporkan sebanyak 71 kes. 

Beliau berkata, tidak mudah untuk petugas barisan hadapan menguruskan jenazah pesakit COVID-19 sehingga selesai urusan pengebumian. 

“Mereka terpaksa memakai PPE lengkap dengan bermandi peluh dalam keadaan panas terik sehingga liang lahat dan sehingga selesai segala urusan pengebumian kes COVID-19. 

“Semoga kita semua memaham cabaran dan dugaan yang dihadapi oleh setiap petugas barisan hadapan,” katanya. 

Sehubungan itu, beliau mengajak rakyat untuk bersama membantu negara dengan menjaga diri serta keluarga agar terhindar dan terlindung daripada dijangkiti COVID-19. 

Setakat semalam, Malaysia mencatatkan 2,451 kes harian baharu dengan lima kematian dan 26,185 kes aktif.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button