Dunia

Penerbangan pertama Arab Saudi ke Qatar mulai esok

Riyadh buka ruang udara, sempadan darat untuk Doha sejak konflik 2017

DOHA, 26 Jamadilawal 1442H, Ahad – Syarikat penerbangan Arab Saudi merancang untuk meneruskan semula penerbangan ke Qatar pada Isnin buat pertama kalinya sejak 2017 – setelah kedua-dua negara menandatangani perjanjian damai. 

SAUDIA meneruskan operasi penerbangan ke Doha dengan empat penerbangan mingguan, empat penerbangan dari Riyadh dan tiga dari Jeddah.

Penerbangan pertama dari Riyadh ke Doha bermula pada 11 Januari atau esok pada 4.40 waktu tempatan, menurut syarikat itu di Twitter.

Langkah itu dilakukan setelah Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Mesir menandatangani perjanjian perdamaian dengan Qatar untuk mengakhiri permusuhan lebih tiga tahun. 

Pada Khamis lalu, Qatar Airways mengubah laluan penerbangannya untuk melalui ruang udara Arab Saudi. 

Pada Isnin, Arab Saudi memberitahu bahawa negara itu bersetuju membuka semula ruang udara, sempadan darat dan laut kepada Qatar, sebagai sebahagian daripada perjanjian menarik balik sekatan yang dikenakan sejak 2017. 

Ketika itu, Arab Saudi dan sekutunya menuduh Qatar menyokong kumpulan pengganas, di mana ia dinafikan keras olej Doha yang menyifatkan sekatan berkenaan usaha untuk melanggar kedaulatannya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button