Dunia

Raja Salman individu pertama terima vaksin COVID-19 di Arab Saudi

Pandemik sejak Disember 2019 ragut lebih 1.9 juta nyawa di seluruh dunia

RIYADH, 26 Jamadilawal 1442H, Ahad – Raja Arab Saudi, Raja Salman Bin Abdulaziz menjadi individu pertama Arab Saudi yang menerima dos vaksin COVID-19 pada Jumaat, lapor Agensi Anadolu. 

Agens Akhbar Arab Saudi (SPA) turut menyiarkan dua gambar dan video pendek di Twitter memaparkan Raja Salman disuntik oleh profesional kesihatan. 

Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut mengenai perkara itu. 

Arab Saudi melaporkan 363,582 kes jangkitan COVID-19 dengan 6,282 kematian direkodkan setakat ini.

Pandemik itu telah meragut lebih 1.9 juta nyawa di 191 negara dan wilayah sejak Disember 2019. 

Lebih 88.58 juta kes dilaporkan di seluruh dunia, dengan 49.82 juta kes pulih sepenuhnya, menurut angka yang dikeluarkan Universiti John Hopkins Amerika Syarikat (AS).-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button