Dunia

Bangladesh beli vaksin Pfizer-BioNTech dari COVAX

WHO jamin dua bilion dos vaksin untuk 172 negara pada hujung 2021

DHAKA, 27 Jamadilawal 1442H, Isnin – Bangladesh memutuskan untuk membeli vaksin COVID-19 yang dibangunkan oleh Pfizer-BioNTech melalui COVAX, sebuah platform yang menyasarkan suntikan vaksinasi kepada mereka yang memerlukan. 

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berusaha untuk meyakinkan Bangladesh supaya membeli vaksin – yang dibangunkan bersama oleh farmasi Amerika Syarikat (AS) dan Jerman – di bawah inisiatif badan antarabangsa itu sebelum 18 Januari. 

“Pejabat kami berusaha untuk mengirimkan rencana lengkap bagi memastikan Bangladesh menerima pembekalan, pengedaran dan penyimpanan vaksin,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Meerjady Sabrina. 

Suhu diperlukan untuk menyimpan vaksin Pfizer-BioNTech adalah -70 darjah Celcius.

COVAX diketuai oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), yang telah memberi jaminan untuk memberikan dua bilion dos vaksin selamat dan berkesan kepada sekurang-kurangnya 172 negara pada penghujung 2021. 

Tindakan Bangladesh itu dibuat ketika dos dari India masih belum memberi bayangan sedia digunakan dalam masa terdekat. 

Sebelum ini, Bangladesh menandatangani perjanjian dengan Serum Institute of India yang menghasilkan vaksin Oxford AstraZeneca COVID-19 bagi keluaran 30 juta dos.

India yang mencatatkan jumlah jangkitan COVID-19 kedua tertinggi di dunia melancarkan usaha vaksinasi pada 16 Januari. 

Penyelia ubat negara memberi kebenaran kepada dua vaksin – iaitu dibangungkkam oleh AstraZeneca dengan Universiti Oxford (Covishield) dan firma tempatan Bharat Biotech (Covaxin).-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button